Monday 30 September 2013

MY STORY : Intensif Jutawan Industri Edisi Khas 2013 Makan Dalam !!

Assalamualaikum w.b.t.,

Nama saya Siti Dullillah Binti Yaakub berasal dari Melaka. Lulusan UiTM Lendu dalam bidang Diploma Perakaunan. Sekarang bekerja di Kuala Lumpur sebagai Perunding Hartanah. Ada student UiTM Melaka ke kat sini?

Say "Ana" !!! :)

Alhamdulillah. Baru je "grade" untuk "Ijazah Jutawan Industri" yang bermula dari 27 September 2013 dan berakhir semalam, 29 September 2013. Masih lagi terasa kehangatan "Bara Bara"nya. :)



Sebelum ni, saya berkhidmat di TM Berhad di bahagian call centre di Melaka. Kerja biasa je. Tapi alhamdulillah sebab masa berhenti tu saya berhenti cara baik. Bagi notis 3 bulan sebab itu perjanjian sebagai staf tetap walaupun saya tak tetap kerja di situ kerana mencari "sesuatu". :)

Kemudian kerja pula di VADS Bhd. di Damansara yang merupakan anak syarkat TM Bhd. Kerja sekejap je sebab rasa tak boleh blah, so saya pun terpaksalah blah cari kerja lain. Tak lama lepas tu, kerja di beberapa syarikat biasa-biasa je dalam bidang Telemarketing dan Sales. Ye, biasa-biasa je. Gaji lebih rendah berbanding tempat lama dulu tapi... Wow !! Terasa lain sikit walau "biasa-biasa je" tu. Yelah dulu kerja menghadap pc dan duduk dalam aircond, memang alhamdulillah selesa dan within my comfort zone lah.

Tapi terasa lain macam bila kena kerja lebih keras sebab kena close sales dan...
Pabila aircond bercampur asap rokok, "Pergghh". Memang "Pergghh" betullah. Tak reti nak explain. Memang luar dari zon keselesaanku.

Tidak lama lepas tu, berhenti lagi untuk sekalian kalinya sampailah kerja sebagai Perunding Hartanah. Alhamdulillah masih bekerja lagi. Dah lah masa pergi Seminar Jutawan Industri 2013 di Wisma MCA, KL baru-baru ni, terserempak dengan bos bersama isterinya. Ngeh ngeh... Siap isteri bos duduk sebelahku lagi walau mula-mula dia tak perasan saya di sebelahnya.

Kagum dan terpanalah juga sebab bos tu bukan je pemilik syarikat agensi hartanah, tapi dah bertaraf seorang jutawan tu. Kalau tengok luaran orangnya memang nampak biasa-biasa je... Padahal... Aset hartanah dia sendiri entah berapa dah agaknya. Ada dengar juga beberapa pihak dah beberapa kali nak bagi pangkat Dato' kepadanya tapi dia tak nak. Mungkin sebab orangnya suka low profile dan memang down to earth. Macam resmi padi. Makin berisi makin tunduk kan. :)

So apa yang membuatkan saya "terjebak" dengan IJI ni?

Sejak berhenti dari TM Bhd lagi sebenarnya, saya mencari "JIWA YANG HILANG"...
Hari ini, ternyata pencarian saya tidak sia-sia sejak menghadiri Seminar Jutawan Industri 2013 dan seterusnya hadir ke Intensif Jutawan Industri Edisi Khas 2013 yang berakhir semalam. Rasa kagum dan bangga dikelilingi ramai anak Melayu beraura positif yang minat berniaga dan ingin mengubah hidup dan taraf ekonomi masing-masing. Even yang dah bertaraf jutawan pun ramai. Rasa tak nak balik je dikelilingi aura-aura positif seramai 4300 orang peserta ni. Fuhh !!

Peserta IJI 2013. 4300 people attended !!

Sekarang, next step kena buat Action Plan secara lebih terperinci dan bertindak secepat mungkin. "Fast Action, Fast Result. Terhegeh-hegeh Action, Terhegeh-hegeh Result !!". Suka gila dengan quote ni. :)

Rasa bersyukur sangat kepada Allah swt sebab beri peluang kepada kita belajar sesuatu dari IJI kelolaan Dr Azizan Osman. Kepada yang skeptikal tentang program beliau, hadirlah seminar percuma dahulu. Kemudian boleh hadir untuk kelas Intensif. IJI ni adalah yang terakhir tapi banyak lagi program lain yang masih ada. Buka hati dan minda. Jangan dengar cakap-cakap negatif di luar sana. Bangsa Cina dan India pun turut hadir sama, kita orang Melayu lagilah kena bersatu bangunkan bangsa sendiri.

Apa yang anda FIKIR...
Apa yang anda CAKAP...
Apa yang anda BUAT...
Apa yang anda RASA...
SEMUANYA adalah satu DOA !!   # Dr. Azizan Osman


No comments:

Post a Comment